Kalau dari awal lagi pihak masjid sediakan buku pendaftaran pelanggan dan kod QR MySejahtera, tidaklah sampai kena kompaun RM10,000.
PEKAN: Pejabat Kesihatan daerah mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada Masjid Sri Maulana, Taman Sri Maulana di sini kerana gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan.
“Kompaun dikeluarkan supaya ia menjadi iktibar kepada masjid lain malah pihak Masjid Sri Maulana sudah membuat bayaran kompaun itu dengan pengurangan 50 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. “Kita telah meminta penguat kuasa JAIP memastikan kod QR dapat dipamerkan dan diguna setiap individu yang datang ke masjid. Mungkin ada berlaku kekhilafan oleh ahli jemaah atau oleh pengurusan itu di luar jangkaan kita,” ujarnya.