Masih tiada petunjuk dua mangsa

United States News News

Masih tiada petunjuk dua mangsa
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 54 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Bachok Operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa hilang dalam tragedi bot terbalik dan karam di perairan Bachok yang memasuki hari keenam hari ini akan diperluaskan kepada 450 batu nautika persegi dari tempat kejadian.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, dalam operasi SAR semalam, pasukan pencarian masih gagal mendapat petunjuk lokasi kedua-dua mangsa iaitu Arman Ismail, 43, dan Che Wadi Bakar, 40-an.

"Hari ini operasi SAR disambung semula pada 7 pagi tadi membabitkan 81 pegawai dan anggota membabitkan pelbagai agensi dengan menggunakan kaedah pencarian berpandukan sistem SAROPS . "Arus pencarian operasi ini juga masih dikekalkan iaitu menghala ke arah Pulau Perhentian dan sektor yang dirasakan logik dengan menggunakan 15 aset daripada semua agensi SAR terbabit. Malah, sehingga kini pasukan pencarian serta nelayan dan pemancing yang turut membantu masih gagal mendapat petunjuk lokasi kedua-dua mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di Bachok, hari ini.

Setakat ini, dalam tragedi bot terbalik berhampiran perairan Kuala Kemasin pada Isnin lalu, enam mangsa yang meninggal dunia ditemukan iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an, Ahmad Syafiq Che Alim, 30 dan Harun Daud, 57.

Sementara itu, 12 daripada 20 mangsa pula selamat dalam kejadian tersebut, dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Warga asing masih tidak dibenar solat jemaah di masjid, surau | The Malaysian InsightWarga asing masih tidak dibenar solat jemaah di masjid, surau | The Malaysian InsightJabatan Perdana Menteri perlu meneliti laporan daripada pihak berwajib seperti Jawi.
Read more »

Abang, kembalilah...Abang, kembalilah...“KAMI rasa abang dah ‘tiada’, tapi kalau boleh kami nak jasad dia disempurnakan,” kata adik mangsa bot terbalik di perairan Kemasin, Bachok yang masih hilang, Encik Wadi Bakar, 44.
Read more »

Pencarian tumpu lokasi mangsa ke-6 ditemuiPencarian tumpu lokasi mangsa ke-6 ditemuibachok AGENSI Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) memperluas kawasan pencarian kepada 450 batu nautika bagi mengesan dua lagi mangsa bot terbalik yang masih hilang sejak malam Isnin lalu.
Read more »

Dengan Celcom Xpax prabayar tanpa had, anda unstoppableDengan Celcom Xpax prabayar tanpa had, anda unstoppableXpax Truly Unlimited Prepaid menawarkan data tanpa had, tiada had kelajuan, tiada caj tambahan. FMTNews FMTOhsem Celcom XpaxTrulyUnlimitedPrepaid UnlimitedData PrabayarTanpaHad
Read more »

Tragedi bot terbalik: Operasi cari dua lagi mangsa diteruskanTragedi bot terbalik: Operasi cari dua lagi mangsa diteruskanBachok Operasu mencari dan menyelamat dua lagi mangsa dalam tragedi bot terbalik dan karam Isnin lalu di perairan Bachok, disambung semula pada 7.00 pagi hari ini.
Read more »

Dikait isu 'nepotism', kakak kongsi foto kenangan SushantDikait isu 'nepotism', kakak kongsi foto kenangan SushantRap Kematian Sushant yang dipercayai akibat bunuh diri, hingga kini masih dalam siasatan pihak polis berikutan apakah tindakannya didorong masalah kemurungan dihidapi.
Read more »



Render Time: 2025-02-27 01:56:12