Pengarahnya, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, kesemua bot itu ditahan semasa Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai kira-kira dua tahun lalu.
Menurutnya, seramai 58 awak-awak termasuk tekong warga Vietnam, 1,700 kilogram ikan pelbagai jenis, 1,300 kg ikan baja, kg gamat, 150 kg sotong kering, 27,800 liter diesel, peralatan navigasi dan alat menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta semasa operasi itu dijalankan.
“Proses penenggelaman bot mendapat kerjasama Institut Sumber Marin Asia Tenggara di bawah Jabatan Perikanan Malaysia. “Kesemua bot yang ditenggelamkan telah melalui proses pemilihan yang ketat sebelum diluluskan untuk dilupuskan bagi memastikan tiada sebarang pencemaran berlaku selain ia tidak mudah pecah dan lebih tahan untuk dijadikan tukun tiruan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Syed Nor Adli memberitahu, proses pelupusan bot yang dijadikan sebagai tukun tiruan dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 1,000 nelayan di kawasan sekitar Kuala Besar termasuk peminat perikanan rekreasi. Katanya, Maritim Kelantan telah melupuskan sebanyak 264 bot nelayan asing Vietnam melalui pelbagai kaedah pelupusan seperti penenggelaman, musnah, lelong, jual dan hadiah dengan anggaran nilai lebih RM380 juta sejak 2007.-UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penyeludup lari tinggalkan 410,000 batang rokok putihPASIR PUTEH: Sekumpulan penyeludup bertindak meninggalkan 410,000 batang rokok putih berhampiran Galeri Tengku Anis, Pengkalan Kubor, Tumpat dekat sini selepas kegiatan haram mereka itu berjaya dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan kelmarin.
Read more »
Kerjasama PH, BN di Kelantan masih belum meyakinkanKerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan ketika ini masih belum mampu meyakinkan rakyat untuk memberi mandat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Read more »
Seludup petrol subsidi: Kenderaan asing mula beralih ke Kedah, KelantanSeludup petrol subsidi: Kenderaan asing mula beralih ke Kedah, Kelantan
Read more »
Kelantan belum luluskan lesen nadir bumiBercakap kepada Utusan Malaysia Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini kerajaan negeri telah memperoleh maklumat beberapa kawasan yang mempunyai REE di negeri ini daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Read more »
Rakyat Malaysia parah ditembak di BetongKejadian sekitar pukul 9 malam waktu Thailand itu berlaku ketika mangsa yang sedang menunggang motosikal ditembak sebanyak tiga kali di hadapan sebuah kedai serbaneka.
Read more »