RIYADH: Malaysia menyedari dan menjangka akan ada tindak balas dari beberapa negara Barat berhubung kelantangannya dalam menyuarakan isu Palestin, nam...
Malaysia menyedari dan menjangka akan ada tindak balas dari beberapa negara Barat berhubung kelantangannya dalam menyuarakan isu Palestin, namun ia akan terus memperjuangkan nasib penduduk Palestin di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada pilihan berhubung perkara itu kerana isu Palestin melibatkan soal kemanusiaan kerana penduduknya terus sengsara akibat penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel. “Ya... banyak risiko. Saya tidak ada pilihan adanya pembunuhan melibatkan nyawa anak kecil dan wanita.
“Namun, saya tidak bimbang kerana adanya pendapat sama dari semua negara . Ada konsensus tentang soal kemanusiaan di Gaza,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan beliau ke Arab Saudi pada Sabtu. Anwar memberitahu selain membawa konflik Palestin dan Israel di pentas Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-GCC, beliau turut membincangkan perkara itu secara peribadi dengan pemimpin beberapa negara ASEAN, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, Raja Bahrain Hamad bin Isa, Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan serta Presiden Mesir Abdel Fatah El-Sisi.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemimpin ASEAN-GCC berhimpun di Riyadh, Malaysia gesa tamatkan penindasan PalestinRIYADH: Para pemimpin ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berhimpun buat julung kalinya di sidang kemuncak bersejarah kedua-dua blok di sini pada J...
Read more »
Edisi al-Quran mushaf Palestin dilancar, sasar kutip dana RM3 jutaEdisi khas mushaf Palestin itu diterbitkan demi semangat dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang kini ditindas
Read more »
Hantar sumbangan RM500,000 untuk rakyat PalestinKOTA BHARU : Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia (Cakna Palestin) sudah menghantar sumbangan berjumlah RM500,000 bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditindas oleh rejim Zionis ketika ini.
Read more »
Selepas Gaza, Zionis bedil kem pelarian Palestin di Tebing BaratSelepas Gaza, Zionis bedil kem pelarian Palestin di Tebing Barat
Read more »
Malaysia, Palestin setuju usaha tuntas selesai isu GazaPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan itu disuarakan semasa perbualan telefon antara beliau dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Read more »
Lima rakyat Palestin pernah lanjut pengajian di Malaysia maut di GazaLima rakyat Palestin pernah lanjut pengajian di Malaysia maut di Gaza
Read more »