HANGZHOU: Malaysia mencapai sasaran 27 pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi sukan karate selepas atlet muda, Lovelly Anne Robberth mencipta kej...
: Malaysia mencapai sasaran 27 pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi sukan karate selepas atlet muda, Lovelly Anne Robberth mencipta kejutan menghadiahkan perak dalam acara kata individu wanita, hari ini.
Pada aksi penentuan pingat emas di Gimnasium Pusat Sukan Linping, di sini, atlet berusia 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah,yang membuat penampilan sulung di Sukan Asia terpaksa berpuas hati meraih perak selepas mengumpul 39.80 mata. Emas dimenangi jagoan Jepun, Kiyou Shimizu dengan catatan 42.60 mata sekali gus menyaksikan atlet berusia 29 tahun itu memenangi emas buat kali ketiga berturut-turut sejak edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.Dalam pada itu, gangsa menjadi milik bersama Sakura Alforte dari Filipina dan Grace Lau dari Hong Kong.
Sementara itu, pencapaian dilakar Lovelly Anne membolehkan beliau menyamai pencapaian perak yang dimenangi Lim Lee Lee pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan. Selain itu, kilauan disumbangkan beliau menamatkan penantian 13 tahun kem karate negara untuk menaiki podium dalam acara itu sejak kali terakhir dilakukan Lee Lee yang merangkul gangsa pada edisi 2010 di Guangzhou, China. -
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sukan Asia: Malaysia mendekati sasaran 27 pingat di HangzhouHANGZHOU: Kontinjen Malaysia mendekati sasaran 27 pingat di Sukan Asia kali ini esok, selepas menuai dua lagi pingat gangsa menerusi terjun dan olahra...
Read more »
Rhodict dan Jellson terlepas peluang sumbang pingat di Sukan AsiaAksi yang berlangsung di Pusat Ekspo Sukan Olimpik Hangzhou menyaksikan Bertrand menampilkan aksi terjunan yang memberangsangkan.
Read more »
Kontinjen Malaysia secara tak rasmi capai sasaran 27 pingatHANGZHOU: Kontinjen Malaysia secara tidak rasmi sudah mencapai sasaran 27 pingat yang ditetapkan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini, hari ini. Ia s...
Read more »
Malaysia Swimming Federation satisfied with diving team's performance in HangzhouKUALA LUMPUR: The Malaysia Swimming Federation (MS) is pleased with the performance of the national diving team at the 2022 Asian Games in Hangzhou, w...
Read more »
Sukan Asia: Malaysia capai sasaran 27 pingat keseluruhanSukan Asia: Malaysia capai sasaran 27 pingat keseluruhan
Read more »
Sukan Asia: Sivasangari tuai emas keempat MalaysiaS Sivasangari menewaskan pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk 3-2 pada aksi final hari ini.
Read more »