Langkah itu dibuat bagi menampung kekurangan bekalan topeng muka di Malaysia bagi tujuan menangani wabak Covid-19. FMTNews Covid19 Coronavirus TopengMuka China
Topeng muka dari China diutamakan kepada pihak berkuasa di peringkat kebangsaan dan negeri dalam menangani Covid-19.Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, langkah itu dibuat bagi menampung kekurangan bekalan topeng muka di Malaysia bagi tujuan menangani wabak Covid-19.
“Kita sekarang ini kekurangan bekalan topeng muka, sudah diputuskan semalam dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan perdana menteri yang dihadiri semua menteri besar, ketua menteri dan menteri persekutuan dan diputuskan bahawa kita akan cuba mendapatkan bekalan dari China sejumlah 10 juta.
“Ini akan diselaraskan oleh Kementetian Pengangkutan yang akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk membawa masuk secara beransur-ansur 10 juta dan akan diuruskan oleh Nadma bila sampai ke Malaysia,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat harian bersama menteri-menteri bagi menangani Covid-19 di Perdana Putra.
Fadillah berkata, topeng muka tersebut akan diutamakan kepada pihak berkepentingan dalam menangani Covid-19 bagi kegunaan seperti Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa, polis, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia di peringkat kebangsaan dan negeri.Beliau berkata, rakyat tidak perlu bimbang jika tidak mempunyai topeng muka sekiranya tidak terdedah kepada mereka yang tidak sihat.
“Jangan risau, mengikut apa yang diumum WHO dan kementerian kesihatan, orang-orang yang tidak terdedah atau tidak sakit tidak perlu pakai topeng muka. Jadi jangan sebar berita tidak berasas, ikut sahaja panduan yang diberikan Kementerian Kesihatan,” katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Spain's death toll rises 10-fold in a week, exceeds 1,000The latest 2,833 infections take the overall number of cases to nearly 20,000. FMTNews Spain
Read more »
'We can all poop for 10 years': Dutch PM refutes toilet paper shortage as minister quitsBruno Bruins resigned after collapsing from exhaustion during parliament debate on Covid-19. FMTNews BrunoBruins Covid19 Coronavirus
Read more »
Lady Gaga’s 'Telephone' turns 10: A look back at the epic music videoThe 10-minute music video, featuring Beyonce, made an impact in pop culture
Read more »
Jack Ma dan Alibaba Foundation bakal sumbang bekalan perubatan ke Malaysia2 juta topeng muka, 150,000 alat penguji, 20,000 sut pelindung dan 20,000 perisai muka untuk diagihkan ke Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Pakatan kecam kenaikan 150% harga topeng muka | The Malaysian InsightIa mendesak kerajaan meneruskan perbincangan dengan sektor swasta untuk meningkatkan bekalan.
Read more »
Lagi bantuan diterima dari ChinaNEGARA terus dibantu dalam menangani penularan wabak Covid-19 dengan terbaharu menerima 100,000 topeng muka dan hidung.
Read more »