Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Malawakil juga bukan sahaja mengikuti perkembangan, tetapi akan mengambil tindakan sekiranya perlu kerana setiap negara itu mempunyai perundangan yang berbeza.
“Malawakil kita sedang mengikuti perkembangan itu, bukan hanya mengikuti tetapi mengambil tindakan yang kerana ada kes-kes tertentu ada kaitan dengan perundangan negara berkenaan, maka perlu berhubung dengan pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita.
Pada 9 Januari lepas, Utusan Malaysia melaporkan, kehilangan Musthafa di Mekah terus menjadi tanda tanya dan menemui jalan buntu susulan mangsa masih tidak ditemukan walaupun sudah hampir sebulan kes itu berlaku. Anak mangsa yang juga merupakan pegawai Jabatan Agama Islam Johor di Batu Pahat, Muhammad Nabel Musthafa, 26, berkata, ahli keluarganya sudah membuat laporan polis dan di Kedutaan Malaysia sejak bapanya hilang pada 12 Disember lalu, namun masih belum mendapat apa-apa maklum balas daripada kedua-dua pihak.
Katanya, dengan laporan yang dibuat, mereka berharap kerjasama antara Kedutaan Malaysia dan pihak polis di Mekah dapat dibentuk bagi mengesan dan menjejak kedudukan ayah mereka yang hilang. –UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
BN to file petitions against some GE15 results, says Zambry | The Malaysian InsightSec-gen says there are ‘all sorts of reasons’ to file, after Tengku Razaleigh challenges Gua Musang result.
Read more »
BN akan fail petisyen pilihan raya, kata Zambry | The Malaysian InsightSudah kenal pasti beberapa kawasan yang tewas dan akan diumum nanti, kata setiausaha agung BN.
Read more »
Zambry intai pemilihan partiAhli MKT UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengintai peluang untuk bertanding pada Pemilihan UMNO sebelum 19 Mei ini.
Read more »
TrueMoney, penyedia e-dompet terkemuka Asia Tenggara memasuki pasaran Malaysia dengan Lotus’s MalaysiaTrueMoney, sebuah syarikat fintech terkemuka di Asia Tenggara dan sebuah anak syarikat Ascend Money, amat teruja untuk mengumumkan bahawa ia telah melancarkannya di Malaysia hari ini.
Read more »
Zahid maafkan pengkhianat tapi perwakilan berkira-kira | The Malaysian InsightSesetengahnya enggan wakil rakyat Umno yang dinamakan presiden itu diberi tempat dalam parti.
Read more »