Malang nasib peragut

United States News News

Malang nasib peragut
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 44 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

ampangjaya Seorang wanita nekad mengejar sebelum merempuh motosikal peragut yang memecahkan cermin keretanya di lampu isyarat susur keluar bulatan Hillview, Hulu Kelang, hari ini.

Dalam kejadian 8.50 pagi itu, wanita yang memandu Perodua Axia dihampiri dua lelaki yang menaiki Yamaha 125Z ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, dua lelaki berkenaan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa di bahagian hadapan sebelah kiri kereta dan terus mengambil beg galas mangsa. "Mangsa kemudian bertindak mengejar motosikal suspek sehingga sampai ke simpang tiga Jalan AU 2C dan melanggar motosikal dinaiki suspek.

"Pegawai polis yang berada di tempat kejadian dan orang awam berjaya menangkap kedua-dua suspek dan barang milik mangsa dirampas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Noor Azmi berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek terbabit dengan dua kes samun pada hari yang sama iaitu samun telefon pintar di Jalan Pandan Indah 4/2 dan pecah cermin kereta jenis Peugeot di hadapan Hotel Flamingo."Kes disiasat mengikut Seksyen 394 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Peragut tular ditangkap, positif dadahPeragut tular ditangkap, positif dadahKetua Polis Daerah KotaTinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek berusia 29 tahun yang positif dadah jenis methapethamin menerusi saringan awal air kencing itu meragut mangsa di Jalan Tambatan, petang semalam.
Read more »



Render Time: 2025-02-25 21:40:32