kotamarudu Lelaki maut ditembak oleh birasnya apabila berlaku perselisihan faham selepas mereka mabuk di sebuah rumah di Jalan Bintasan Darat, Kota Marudu, malam kelmarin.
Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa bersama suspek dan tiga ahli keluarga sedang berkaraoke di ruang tamu sambil meminum arak.Mangsa kemudian dikatakan mengambil sebilah parang manakala suspek menuju ke dapur semula sambil membawa senapang buatan sendiri jenis ginsuk.
Suspek berusia 23 tahun disyaki mabuk kemudian melepaskan tembak ke arah mangsa hingga menyebabkan parah di bahagian badannya.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan menahan suspek. Katanya, pihaknya turut merampas senapang buatan sendiri jenis ginsuk yang digunakan ketika kejadian itu.
"Mayat dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk bedah siasat manakala suspek ditahan untuk siasatan lanjut.Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 10:00 PM
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Prihatin nasib lelaki lumpuhPRIHATIN dengan nasib menimpa seorang lelaki lumpuh yang memerlukan bantuan kerusi roda, Balai Polis Daerah Baling tampil menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban Mohd Huzairil Husain, 45, yang hidup sebatang kara di Kampung Baru, Pekan Lama, Kuala Ketil, Kedah.
Read more »
PKPB sambung sampai 9 Jun, umum Perdana Menteri | The Malaysian InsightKawalan pergerakan membendung Covid-19 kekal sepanjang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai.
Read more »
'Dah besar susahkan orang'kajang BUKAN sekadar berlumba, sekumpulan tujuh penunggang motosikal nekad melakukan aksi berani mati apabila menunggang kenderaan mereka melawan arus.
Read more »
Warga emas mati jatuh bangunanjohorbahru Lelaki warga emas berusia 76 tahun maut dipercayai terjatuh dari bangunan di Plaza DNP, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru, jam 9.05 pagi tadi.
Read more »