KUALA LUMPUR: Seorang daripada empat remaja di negara ini, dilaporkan mengalami tekanan emosi manakala seorang daripada lapan remaja berumur 10 hingga...
: Seorang daripada empat remaja di negara ini, dilaporkan mengalami tekanan emosi manakala seorang daripada lapan remaja berumur 10 hingga 19 tahun pula, menghadapi gangguan kesihatan mental, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022.
Pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja di Pusat Perubatan Sunway Dr Tee Bee Chin berkata adalah penting untuk mengesan tanda-tanda awal ketagihan aktiviti serta permainan dalam talian, yang boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan. “Kami menggunakan asas piawaian untuk mendiagnosis ketagihan, seperti mempertimbangkan faktor-faktor seperti masa yang dihabiskan dalam talian, kesan ke atas kehidupan harian serta kegagalan untuk mengurangkan masa yang dihabiskan di hadapan skrin,” katanya.
“Saya juga telah melihat hubung kait antara permainan video yang ganas dengan tingkah laku agresif pada kanak-kanak. Permainan yang melibatkan pencarian musuh atau menyelesaikan misi yang agresif, boleh mencetuskan tindak balas yang ganas dalam tempoh yang singkat,” katanya. Justeru bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, Dr Tee menekankan kepentingan melindungi kesihatan mental kanak-kanak pada era digital ini, dengan mengenali tanda-tanda gangguan emosi, mendapatkan bantuan awal dan memupuk persekitaran yang positif.
“Pelbagai rawatan dan terapi mesti disesuaikan kepada keperluan individu serta beberapa faktor lain seperti umur, sokongan, kebolehan yang sedia ada untuk mengatasi masalah, ciri-ciri peribadi serta penerimaan diagnosis atau rawatan oleh kanak-kanak dan keluarga mereka,” katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kuala Lumpur K-Food Fair Is Back With More Thrilling K-ActivitiesThe K-Food Fair 2023 is set to happen from 13 to 15 October in Sunway Pyramid.
Read more »
Polis percaya pembunuhan 3 warga Sri Lanka sebab duitKetua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata motif bunuh berkemungkinan masalah hutang dan bayaran.
Read more »
Petronas perkenal rangkaian 5G peribadi pertama MalaysiaKUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya Petronas melancarkan rangkaian 5G peribadi komersial yang pertama di negara ini.
Read more »
Buruh warga Myanmar didakwa bunuh penjual buah warga emasKUALA LUMPUR: Seorang buruh warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penjual buah warga emas di s...
Read more »
Anggota trafik selamatkan pemandu kereta dalam banjirPETALING JAYA: Tindakan pantas tiga anggota trafik Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan pemandu kereta Nissan selepas kenderaannya terperangkap dalam banjir di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, petang tadi.
Read more »
[Watch] Policeman’s Quick Action Saves XTrail Driver From Drowning In KL Flash FloodsContinuous rain yesterday resulted in flash floods in several parts of Kuala Lumpur.
Read more »