paritbuntar Nelayan dipercayai lemas selepas bot dinaiki bersama dua rakan terlanggar rumah api di Perairan Kuala Kurau, Parit Buntar, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, awak-awak, Loke Kok Aun, 48, keluar bersama rakan untuk menangkap ikan.
Ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, sewaktu dalam perjalanan, bot dipandu tekong dikatakan terlanggar rumah api dan menyebabkan mangsa tercampak ke dalam laut."Menyedari mangsa terjatuh, tekong bot yang juga rakan mereka bertindak terjun mencari dan menyelamatkan mangsa. "Tidak lama kemudian mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa naik ke rumah api sebelum dibawa ke pelantar oleh bot lain," katanya ketika ditemui di pekarangan Forensik Hospital Parit Buntar.
Menurutnya, sebaik tiba di jeti pelantar Kuala Kurau, mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kes kemalangan di laut disiasat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia .Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 1:59 PM
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis terus pantau rumah pendudukPOLIS terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan dari rumah ke rumah bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sambutan Aidilfitri di seluruh negeri ini.
Read more »
Selangor paling tinggi langgar sekatan rentas negeri | The Malaysian InsightSelangor paling tinggi langgar sekatan rentas negeri
Read more »
Tiga pasukan pantau rumah ke rumahkotatinggi RATA-RATA penduduk sekitar Kota Tinggi patuh kepada arahan untuk tidak menerima lebih 20 tetamu pada hari pertama sambutan Aidilfitri.
Read more »
Beraya 2 rumah sajaRap Amar berkata, mereka meraikan Aidilfitri hari ini di rumah keluarga isterinya di Hulu Klang terlebih dahulu sebelum bertandang ke rumah keluarganya di Kajang.
Read more »
'Terima kasih pakcik ku' [METROTV]TINDAKAN berani dan pantas seorang bapa saudara berjaya menyelamatkan nyawa tiga beradik dalam kebakaran rumah di Sungai Labu Bawah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, hari ini.
Read more »
Penyakit misteri..perut busung di hari lebaranportdickson TIADA saat menyedihkan bagi ibu tunggal ini apabila terpaksa meninggalkan dua anak di rumah apabila dimasukkan ke hospital untuk rawatan penyakit misteri dihidapinya sejak setahun lalu.
Read more »