Lelaki warganegara Pakistan dipenjara, denda RM5,000 cabul pelajar dalam bas BERITA Mahkamah NASIONAL TERKINI
TAMPIN: Mahkamah Majistret Gemas di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM5,000 terhadap seorang lelaki warganegara Pakistan atas kesalahan mencabul seorang pelajar universiti di dalam sebuah bas ekspres, Ahad lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pada 3 Julai lalu kira-kira pukul 11.26 malam bertempat di tempat duduk nombor 35 di dalam bas ekspres semasa berada di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan kawasan Pedas Linggi, Rembau, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang perempuan dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam. “Mangsa dalam kes ini adalah pelajar universiti berusia 20 tahun. Merujuk fakta kes, mangsa dan tertuduh tidak saling berkenaan. Tindakan tertuduh telah menimbulkan satu trauma yang amat serius terhadap mangsa.
Sebaik sampai di kawasan Pedas Linggi, tertuduh telah menyentuh buah dada kiri serta meraba paha kiri mangsa sehingga hampir pada kemaluan mangsa dengan menggunakan tangan kanan.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Court awards RM5.6mil to girl paralysed after Caesarean birthComplications arose as a result of the surgery carried out by an ‘inexperienced’ medical officer at a public hospital, says judge.
Read more »
Kanak-kanak lumpuh kerana kecuaian ketika lahir dapat RM5.6 jutaInkuiri hospital mendapati petugas kesihatan yang bertugas ketika ibunya dibedah secara Caesarea tiada pengalaman untuk menjalankan pembedahan.
Read more »
Court awards RM5.6mil to girl paralysed after Caesarean birthPETALING JAYA: A three-year-old girl was awarded more than RM5.6 million by the High Court in a medical negligence lawsuit brought against doctors at a public hospital.
Read more »