Lelaki warga Bangladesh ditahan bantu siasatan bunuh rakan

United States News News

Lelaki warga Bangladesh ditahan bantu siasatan bunuh rakan
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 26 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 14%
  • Publisher: 51%

Suspek kes bunuh seorang lelaki warga asing yang mayatnya ditemukan rentung terbakar di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak di sini Jumaat lalu, berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, lelaki warga Bangladesh yang dipercayai rakan mangsa itu diberkas semalam di tepi jalan Kampung Jamuan, Kuala Kangsar pada pukul 4.30 petang.“Suspek direman selama enam hari mulai hari ini sehingga Jumaat depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga asing ditemukan mati dalam keadaan mayatnya terbakar di dalam kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, Lenggong. Mayat lelaki warga Bangladesh itu ditemukan orang awam rentung terbakar sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 11.35 malam pada Jumaat.Hasil bedah siasat ke atas mayat lelaki itu di Jabatan Forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

United States Latest News, United States Headlines



Render Time: 2025-03-03 20:37:48