Polis berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku sekitar 5.20 petang 14 Mei lalu.
Tangkap layar menunjukkan suspek bersenjatakan pisau melakukan samun terhadap pelanggan sebuah bank di Ipoh.
PETALING JAYA: Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan pisau di sebuah bank di Ipoh selepas tular satu rakaman di media sosial. Rakaman kamera litar tertutup berdurasi 1 minit 3 saat itu menunjukkan tindakan suspek menghampiri dua individu yang sedang melakukan transaksi di mesin pengeluaran wang automatik sambil menghunuskan pisau.
Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku sekitar 5.20 petang pada 14 Mei lalu. “Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Polis kini melaksanakan operasi khas bagi mengesan suspek tersebut,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian.Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh, Mohd Zulkefli Mohd Mokhtar di talian 012 4336999 atau Pusat Kawalan Daerah IPD Ipoh di talian 05 2542222.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis tahan lelaki tunjuk kemaluanBUKIT MERTAJAM: Polis menahan lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang sedang memandu k...
Read more »
Lelaki memandu mabuk sebabkan kematian polis kekal bebasSeorang pengurus jualan yang sebelum ini didakwa memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis dan
Read more »
Lelaki pandu bawah pengaruh alkohol, sebabkan kematian polis kekal bebasIa selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan pendakwaan untuk mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan notis rayuan.
Read more »
Polis tahan lelaki tempatan, rampas 2.1 kg syabu di TawauTAWAU: Cubaan seorang lelaki tempatan meloloskan diri daripada sekatan jalan raya semasa membawa dadah jenis syabu seberat 2.1 kilogram (kg) dianggark...
Read more »
Pembebasan lelaki memandu bawah pengaruh alkohol, sebabkan kematian anggota polis kekalPUTRAJAYA: Seorang pengurus jualan yang didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis dan mencederakan...
Read more »
Lelaki mati dalam tahanan di IPD KedahSemasa proses dokumentasi, lelaki itu mengadu sakit dan polis segera menghubungi hospital.
Read more »