Lelaki mengaku tidak bersalah pukul bapa guna topi keledar
SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka hari ini atas pertuduhan memukul bapanya menggunakan topi keledar.
C Kaviarasan, 27, didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap bapanya, S Chandran, 58, di sebuah rumah di Jalan Seri Emas 15, Taman Seri Telok Emas pada 7 pagi, 12 Januari lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan dikurangkan kerana ia merupakan kesalahan pertamanya. Hakim Darmafikri Abu Adam membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis selain tidak mendekati mangsa.Artikel Berkaitan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Helah 3 lelaki menyamar polis undang padah | The Malaysian InsightMereka gagal beri keterangan munasabah tentang pelbagai barangan kelengkapan polis yang ditemukan, kata ketua polis Subang Jaya.
Read more »
Polis buru 3 lelaki bantu siasatan kes bunuh di Kajang | The Malaysian InsightOrang ramai yang ada maklumat diminta hubungi polis dengan menelefon 019-4737108.
Read more »
Thai court orders Malaysian businessman deported to China | The Malaysian InsightPutrajaya fails in extradition request for Teow Wooi Huat.
Read more »
Saya tidak mampu perbaiki khidmat pengangkutan awam sekelip mata, kata Loke | The Malaysian InsightMenteri pengangkutan berjanji mencuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah itu.
Read more »
Belanjawan 2023 tidak terikat dengan belanjawan terdahulu kata PM | The Malaysian InsightSecara teras, dasar dan pengubahsuaiannya, belanjawan yang akan dibentang 24 Februari ini baharu sama sekali, kata Anwar.
Read more »
KPM tidak kompromi kesalahan langgar prosedur kewangan | The Malaysian InsightKementerian berkata ia tidak bertolak ansur dalam perkara membabitkan pengurusan sekolah, terutama berkaitan kewangan.
Read more »