Tertuduh berusia 22 tahun didakwa berkelakuan kurang sopan terhadap ibunya dengan mengeluarkan kata-kata ugutan pada 19 Sept lalu.
PETALING JAYA: Seorang anak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengugut ibunya Selasa lalu.
Pembantu di pusat permainan kanak-kanak, Muhammad Zahir Mohd Zubir, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkelakuan kurang sopan terhadap Zalya Ibrahim, 46, dengan mengeluarkan kata-kata ugutan di sebuah rumah di Kampung Lindungan, pada 6 petang 19 Sept lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100, jika sabit kesalahan. Semasa prosiding, pegawai pendakwa Mohd Ghazali Zulkifli mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM3,000 dan seorang penjamin, tetapi tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana baru mendapat kerja.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis tahan kapal bawa diesel RM160,000 tanpa permitTurut ditahan empat kru kapal iaitu seorang lelaki tempatan dan tiga lelaki Indonesia serta Myanmar.
Read more »
Tertuduh kes bunuh pemandu kereta sewa diarah jalani pemeriksaan psikiatriTertuduh kes bunuh pemandu kereta sewa diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Read more »
Isteri, adik ipar dihukum gantung bunuh suami OKUHakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap dua tertuduh.
Read more »
Liwat budak, bekas pemandu bas sekolah dijel 8 tahunTertuduh didapati bersalah meliwat budak lelaki berusia 11 tahun itu di dalam sebuah bas April 2016 dan Mei 2016.
Read more »
Tiga lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 15 tahun miliki dadahPUTRAJAYA: Tiga lelaki termasuk dua warga asing terselamat daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengurangkan hukuman daripada mengedar sem...
Read more »
Budak lelaki 7 tahun belanja rakan sekelas bir hingga mabukBudak lelaki 7 tahun belanja rakan sekelas bir hingga mabuk
Read more »