Lelaki mengaku salah bakar isteri FMTNews FMTBerita
R Rethinasamy, 36, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth mengaku bersalah cuba membunuh isterinya dengan membakar wanita itu.
Tertuduh R Rethinasamy, 36 membuat pengakuan itu ketika kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah, lapor Harian Metro. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Ladang Mayfield, Tasek Gelugor, pada 10.30 malam, 31 Julai. Jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada seseorang, tertuduh turut boleh dihukum bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more: