Lelaki ditahan simbah cat rumah warga emas BERITA Jenayah NASIONAL TERKINI
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa berusia 68 tahun yang tidak bekerja berada di kediaman itu, kira-kira pukul 4.40 petang.
“Individu itu kemudian didatangi jiran bersebelahan yang memaklumka seorang lelaki membaling cat merah di kawasan rumah tersebut. Mangsa terkejut dengan keadaan itu kerana mendakwa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan lelaki berkenaan. “Kesan cat merah itu didapati melibatkan dinding hadapan rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Ramli, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor menahan lelaki berusia 34 tahun di sekitar Pasir Penambang pada hari sama. “Suspek tidak mengaku terlibat dalam kes itu dan dipercayai mempunyai masalah mental oleh penduduk setempat. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jadi penumpang tunggal selepas tunggu pesawat 18 jamSeorang lelaki tular di media sosial selepas menjadi satu-satunya penumpang yang menaiki pesawat American Airlines.
Read more »
Pemancing jumpa mayat lelaki terjun Sungai Endau'Mangsa telah ditemukan orang awam yang sedang memancing. Susulan itu pasukan operasi bertindak menaikkan mangsa...
Read more »
Lelaki dikhuatiri lemas, dua bot bertembung di Tasik KenyirLelaki dikhuatiri hilang manakala 8 individu lagi terselamat setelah dua buat bot dinaiki mereka bertembung di Sungai Pertang, Tasik Kenyir
Read more »