Nombor pendaftaran kereta dicabut, manakala cermin penumpang bahagian kanan diconteng perkataan 'no park' menggunakan cat hitam.
PETALING JAYA : Seorang lelaki diburu polis selepas disyaki terlibat perbuatan khianat ke atas sebuah kereta milik seorang wanita yang ditinggalkan di kawasan parkir terbuka di Taman Pusat Kepong dekat sini semalam.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 27 tahun itu meletakkan keretanya di hadapan sebuah rumah kedai pada pukul lebih kurang 1 pagi.
Katanya, semasa mangsa ingin mengambil kereta kira-kira pukul 9 pagi, dia mendapati tayar keretanya tiada angin manakala terdapat sebuah tong sampah besar berwarna hijau dan beberapa botol arak serta sampah sarap diletakkan atas kenderaan terbabit. “Nombor pendaftaran kereta dicabut, manakala cermin penumpang bahagian kanan diconteng perkataan ‘no park’ menggunakan cat hitam.
“Semakan kamera litar tertutup mendapati seorang suspek lelaki berkeliaran di kawasan berhampiran dipercayai melakukan perbuatan khianat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Tambah Eng Lai, usaha mengesan suspek terbabit sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03 40482222.“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan melakukan khianat yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun,”jelasnya. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
JPJ eBid: Siri nombor VKJ sedang dibuka bidaan - paultan.orgAnda sedang mencari siri nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu yang bakal tiba di rumah anda? Ini ada satu lagi pilihan menarik. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan siri plat nombor pendaftaran, VKJ, sedang dibuka bidaan …
Read more »
Lelaki diburu terima upah RM10,000 bakar gudang pakaianSeorang lelaki dipercayai suspek utama terbabit dalam kes khianat dengan api membabitkan dua kebakaran di gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, Jinjang dekat sini yang membabitkan kerugian lebih RM1 juta.
Read more »
Lelaki saman pemilik rumah selepas temukan Japanese KnotweedJapanese Knotweed merupakan spesies tumbuhan yang sukar dimusnahkan dan boleh merosakkan struktur dinding serta lantai bangunan
Read more »
Tiga lelaki termasuk rakyat Thailand dicekup bersama 29.8kg ganjadadah itu dipercayai diseludup dari Thailand melalui jalan darat dan boleh digunakan kira-kira 130,000 penagih jika terlepas ke pasaran
Read more »