Para pengguna diminta tampil membuat laporan sekiranya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barang kawalan terutamanya gula.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup , Fuziah Salleh berkata, laporan turut boleh dikemukakan dengan mengimbas Kod QR Aduan Suri yang disediakan kementeriannya.
“Sekiranya ada masalah dapatkan barang kawalan seperti gula, sila laporkan kepada KPDN,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook. Beliau berkata demikian merujuk kepada keluhan seorang pengguna di Facebook kumpulan Warga Kuantan OFFICIAL selepas hanya mendapati gula putih bertapis jernih atau gula premium berbanding gula pasir kasar yang lebih murah.
Sebelum ini, KPDN kini dilapor dalam proses mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi isu bekalan gula di negara ini. Pemangku Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali dilapor berkata, kementerian sedang membincangkan perkara tersebut dengan beberapa kementerian berkaitan antaranya Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan . -UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ramai mahu lihat MUDA ubah politik kuno, tepuMuda yang diharap dapat memberi alternatif berlainan kepada rakyat khususnya para pengundi untuk mengubah landskap politik negara.
Read more »
MJF: Si bulus curi tumpuan, Growfeed jual produk organikKehadiran si bulus pada Festival Majestic Johor (MJF) 2023 di Puteri Harbour, di sini mencuri tumpuan para pengunjung.Pengarah Urusan Growfeed
Read more »
[Video] Adik Ammara Gembira Dapat Bertemu & Bergambar Bersama AgongKesedihan Adik Ammara sebelum ini umpama terubat apabila dia berkesempatan untuk bertemu dengan Agong ketika sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Putrajaya, semalam (31 Ogos).
Read more »
Doakan saya dapat lelaki baik-baik - Sophia AlbarakbahDoakan saya dapat lelaki baik-baik - Sophia Albarakbah
Read more »
Jangan terlalu yakin penyokong BN undi calon PH, pesan KhaledPengerusi BN Johor berkata ada penyokong tegar keliru tiada calon BN bertanding pada PRK selain ada yang tidak dapat menerima kerjasama PH-BN.
Read more »