kulai Lapan pekerja kilang cedera selepas bas pekerja dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Senai-Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, pagi tadi
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, bas terbabit melanggar pokok di tengah pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.
Katanya, makluman awal kejadian mendapati, kemalangan itu membabitkan sebuah bas yang membawa 18 pekerja wanita warga Indonesia berusia 20-an hingga 30-an dari Taman Universiti, Skudai menghala ke sebuah kilang elektronik di Taman Perindustrian Senai. "Kemalangan berpunca dari tayar depan kanan yang pecah dan pemandunya hilang kawalan lalu terlanggar pokok di tengah pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.
"Lapan penumpang yang cedera dihantar ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami luka kecil akibat terkena serpihan cermin," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di sini, hari ini.Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2020 @ 2:36 PM
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PKPD Sungai Lui dilanjutkanHuluLangat PKPD Sungai Lui yang membabitkan pusat tahfiz disambung seminggu lagi sehingga 5 Mei ini.
Read more »
Orang ramai mahu lebih banyak pergerakan, menurut undian MKN | The Malaysian InsightKembali bekerja dan ke rumah ibadah antara perkara teratas yang diinginkan di bawah perintah kawalan pergerakan.
Read more »
Bekalan darah di Sabah berkuranganKotaKinabalu Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata, ia susulan hampir 98 peratus kempen derma darah bergerak anjuran pelbagai pihak terpaksa dibatalkan.
Read more »
Bot karam, dua nelayan hilangDUA nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan berhampiran Pulau Segantang di Langkawi, semalam.
Read more »
Pendaftaran naik 40%AKADEMI Guru Niaga (AGN), pusat pembelajaran dalam talian (online) tempatan menerima peningkatan pendaftaran baharu sehingga 40 peratus daripada pihak yang mahu mempelajari ilmu perniagaan dalam talian.
Read more »
Garis panduan sambut AidilfitriJABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menetapkan garis panduan bagi sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Read more »