Pencemaran bau dikesan dekat muka sauk Jenderam Hilir kurang seminggu daripada insiden sama akibat kemalangan pada 24 Disember lalu
SHAH ALAM: Penutup tahun 2022 hari ini menyaksikan siri pencemaran sungai apabila Lembaga Urus Air Selangor mengesan pencemaran bau di lokasi pemantauan statik 1.5 kilometer daripada muka sauk Jenderam Hilir pada jam 6.30 petang tadi.
“Pemantauan rapi sedang dilakukan oleh LUAS dengan kekerapan pensampelan bau setiap 15 minit. Bacaan terkini sehingga jam 8.45 malam mencatatkan 1 ton,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. LUAS dalam satu kenyataan berkata, jarak lokasi kemalangan tersebut ke LRA Semenyih adalah sekitar 6.4km. Jelasnya lagi, semakan segera di lokasi kemalangan tersebut mendapati catatan bau 6 ton.
“Penemuan ini sejurus situasi hujan lebat petang tadi dimana aliran sisa yang tersangkut terserap di persekitaran kawasan tumpahan tempohari serta jajaran sungai di luar kawasan negeri Selangor terlarut bersama air larian hujan yang seterusnya mengalir masuk ke Sg. Semenyih di Selangor.