PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan menerima notifikasi kes positif COVID-19 melibatkan seorang tukang gunting rambut warga Pa...
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan menerima notifikasi kes positif COVID-19 melibatkan seorang tukang gunting rambut warga Pakistan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki berkenaan yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di ibu negara, menawarkan perkhidmatan berkenaan dari rumah ke rumah atas permintaan klien di kawasan sekitar. “Hasil siasatan awal, kedai gunting rambut tersebut tidak beroperasi sejak bermulanya fasa PKP pertama iaitu pada 18 Mac, namun beliau terus memberi khidmat gunting rambut dari rumah ke rumah atas permintaan klien,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata lelaki berkenaan didapati positif Covid-19 selepas majikannya membawanya menjalani saringan Covid-19. “Kedai gunting rambut tersebut mula beroperasi pada 10 Jun dan majikan telah membawa beliau menjalani saringan Covid-19,” katanya.Beliau berkata sehingga kini KKM telah mengesan 40 kontak rapat berkaitan iaitu melibatkan 36 klien dan empat rakan serumah dengan kesemua mereka telah menjalani saringan Covid-19 dan diarah menjalani kuarantin di rumah. –
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KKM sedia SOP untuk pesakit Covid-19 keluar mengundi dalam PRK ChiniDr Noor Hisham Abdullah berkata, SOP mengundi dalam PRK Chini akan dibincang bersama agensi berkaitan. FMTNews PKR KKM Covid19
Read more »
KKM: Lebih banyak sektor ekonomi dibuka jika kes Covid-19 kekal 1 angkaKomuniti OKU meminta kerajaan mempertimbangkan untuk meluluskan perkhidmatan refleksologi sepanjang PKPP. FMTNews KKM OKU
Read more »
KKM hargai pengamal mediaKEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menzahirkan penghargaan kepada semua pengamal media yang bekerja keras dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat berhubung perkembangan terkini Covid-19 kepada masyarakat.
Read more »
Tukang gunting rambut warga Pakistan positif Covid-19 | The Malaysian InsightSeramai 40 kontak rapat pesakit sudah dikenal pasti, termasuk 15 pelanggan.
Read more »
Covid-19: 40 kontak rapat tukang gunting rambut dikesanKEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan seorang tukang gunting rambut warga Pakistan yang berkerja di Kuala Lumpur dijangkiti Covid-19, semalam.
Read more »
Tukang gunting rambut disyaki positif Covid-19kualalumpur covid19 Selepas perkhidmatan gunting rambut dan salun dibenarkan beroperasi semula pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), seorang tukang gunting rambut disyaki positif Covid-19.
Read more »