Naib presiden MCA berkata Dr Akmal Saleh mesti menghormati hak asas semua pihak yang mempersoal pengenalan ‘Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi’.
Naib Presiden MCA Ti Lian Ker berkata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh perlu merendah diri dan hormat pihak menyuarakan kebimbangan untuk mencari penjelasan berhubung pengenalan modul tersebut.
Ti berkata, Akmal sepatutnya mengamalkan kerendahan budi dan menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan ibu bapa, pemimpin agama, dan NGO mendapatkan penjelasan berhubung modul itu. Katanya, hak asas itu tidak boleh diceroboh, dihalang mahupun ditekan oleh mana-mana ahli politik atau parti menggunakan agama, kaum atau budaya.
Ti berkata, kenyataan Akmal kedengaran “kasar” dan “kurang beradab”, sambil menambah sikap seumpama itu mencalarkan imej Umno dan Barisan Nasional “di mata dan minda yang adil rakyat Malaysia daripada semua kaum”.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pemuda kena berani untuk Umno bangkit semula, kata IsmailIsmail Sabri Yaakob berkata Pemuda terkenal dengan sifat berani dan tidak takut menyatakan pendirian.
Read more »
Pemuda UMNO mampu bawa parti bangkit kembali'Saya percaya dengan keberanian kepemimpinan Pemuda UMNO hari ini mampu untuk membawa parti bangkit kembali.
Read more »
Jangan pertikai usaha subur ajaran Islam di sekolah, kata pemuda UmnoDr Akmal Saleh berkata pelajar bukan Islam tidak dipaksa mengikuti Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.
Read more »
Umno perlu perubahan ‘total’ apa, Puad bidas kajian Ilham CentreAhli MKT Umno Puad Zarkashi berkata analisis itu hanya memberi fokus kepada alasan tertentu sahaja.
Read more »