KUALA LUMPUR: Saman oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas terhadap Pasukan Petugas Khas (PPK) yang menyiasat pelbagai dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan, terdapat beberapa dakwaan yang dibuat oleh plaintif adalah dengar cakap dan tidak boleh diputuskan melalui bukti afidavit.
“Tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan bahasa yang digunakan oleh Ismail Sabri dalam ucapannya. Adakah ia dalam Bahasa Malaysia atau dalam Bahasa Inggeris? Jika ia dibuat dalam Bahasa Malaysia, adakah laporan berita dalam Bahasa Inggeris di Malaysiakini adalah laporan tepat ucapan bekas Perdana Menteri itu?” Soal Hakim Wan Ahmad Farid.
“Oleh itu, saya tidak bersedia untuk membatalkan saman ini. Tetapi saya mengarahkan agar saman pemula ini ditukarkan kepada saman sivil untuk dibicarakan dan diputuskan melalui perbicaraan penuh. Pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian, Tommy diwakili peguam-peguam Mervyn Lai Wei Shiung dan Haikaldin Mahyidin manakala PPK tersebut diwakili Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, Nurulbadriah Yusof, Liew Horng Bon dan Nur Irmawatie Daud.
Pasukan itu turut dianggotai bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara Jagjit Singh serta dua peguam Shaharudin Ali dan K. Balaguru selain wakil-wakil daripada kementerian/jabatan berkepentingan.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Govt fails to void ex-AG Tommy Thomas’s suit over task force probe into memoirKUALA LUMPUR, Oct 2 — Sued by former attorney general Tan Sri Tommy Thomas, the federal government today in its bid to quash the suit over a task force that was formed to...
Read more »
Court denies govt, task force’s bid to quash Thomas’ suit over memoirJustice Wan Ahmad Farid Wan Salleh said he is not ready to strike out the case.
Read more »
LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhirKUALA LUMPUR: Pelumba pasukan EF Education-Easypost, Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Kesel...
Read more »
Operasi khas motosikal: JPJ N. Sembilan keluarkan 8,123 notis samanSEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan 8,123 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula 1 Sept lepas, meli...
Read more »