IPOH: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang remaja 17 tahun pada 15 Dis tahun lepas, dipi...
: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang remaja 17 tahun pada 15 Dis tahun lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majistret S. Punitha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz untuk memindahkan kes melibatkan tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 44, ke Mahkamah Tinggi di sini.Pada 18 Dis tahun lepas, Mohd Nazri yang berpangkat Deputi Superintendan Polis didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh, antara 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari, 15 Dis 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.Terdahulu, Mohd Nazri yang memakai jaket hitam menutup kepala dan memakai pelitup muka tiba di mahkamah dengan kawalan anggota polis kira-kira 9 pagi.
Tertuduh diwakili peguam Cindy Wong dan turut hadir peguam pemerhati bagi keluarga mangsa, Datuk Zamri Idrus. Pada akhir tahun lepas, tular menerusi media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki, dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh dipercayai dipandu seorang pegawai kanan polis.Malaysian firms should consider investing in semiconductor industry to make the leap in value chain - Tengku Zafrul5.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kes rasuah kontrak VLN: Mahkamah Rayuan beri AGC hingga 9 Sept buat keputusanPUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memberi tempoh sehingga 9 Sept kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memutuskan sama ada meneruskan atau menarik balik r...
Read more »
Mahkamah Tinggi batal saman pemula wanita mahu isytihar diri sebagai bukan IslamSEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk membatalkan saman pemula seorang wa...
Read more »
Kes lelaki didakwa bakar isteri ditangguhKENINGAU: Mahkamah Sesyen Keningau menangguhkan kes suami didakwa membakar isteri hingga mati ke 4 April ini.
Read more »
Pendakwaan dibenar kembalikan semula rayuan pembebasan ahli politik didakwa salah guna hartaKota Kinabalu: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula rayuan terhadap pembebasan seorang ahli politik daripada pertuduhan menyalahgunakan harta, selepas kes itu dibatalkan oleh mahkamah sama sembilan tahun lalu.
Read more »
Sabah rekod kes jangkitan tibi tertinggi pada 2023KUALA LUMPUR: Sabah merekodkan kes tertinggi jangkitan tuberkulosis atau tibi bagi 2023 dengan 5,814 kes diikuti Selangor 5,631 kes dan Sarawak 3,177 ...
Read more »
Independent committee to probe Ipoh hospital sexual harrassment allegationsKUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) today dismissed the inaccurate ringgit exchange rate data circulating on social media based on an erroneous USD/RM exchange rate published by Google on Friday, March 15.
Read more »