Tiktok milik puterasemantan menyatakan kejadian itu berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat terawih di masjid di Tanjong Gemok di sini pada 25 Mac lalu.
ROMPIN: ‘Kereta tok bilal dilarikan pencuri’. Begitulah paparan sebuah Tiktok yang berdurasi satu minit mengejutkan orang ramai khususnya umat Islam di daerah ini.
Tiktok milik @puterasemantan menyatakan kejadian itu berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat terawih di masjid di Tanjong Gemok di sini pada 25 Mac lalu.Paparan menerusi kamera litar tertutup masjid berkenaan, pencuri yang mulanya berada di luar, kemudiannya masuk ke dalam dan mengambil kunci kereta yang mungkin diletakkan oleh pemiliknya di atas tabung masjid.
Kata pemilik Tiktok berkenaan, pencuri mungkin sudah memerhati dan merancang daripada awal aktiviti jenayah tersebut. Menerusi paparan dalam Tiktok itu, setelah berjaya mengambil kunci, pencuri membuka pintu kereta dan segera melarikan kenderaan tersebut. Apabila selesai mengundur kenderaan itu keluar, kelihatan si pencuri itu sedang menunggu seorang rakannya.Pada akhir paparan Tiktok itu, dipaparkan rupa si pencuri itu yang berkopiah putih, berbaju T seakan warna biru dan berkain pelikat. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kereta jadi stor dadah, 70 ketulan ganja dirampasKereta jadi stor dadah, 70 ketulan ganja dirampas
Read more »
Pemandu kereta langgar lari warga emas serah diriPemandu kereta Perodua Myvi yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan kes kejadian langgar lari seorang warga emas di Kampung Rhu Muda, di sini, Ahad lalu tampil menyerah diri, semalam
Read more »
Bapa lemas cuba selamatkan anakPUTATAN: Seorang lelaki berusia 40 tahun mengorbankan nyawanya demi cuba menyelamatkan anaknya, selepas Myvi mereka masuk ke dalam kolam di hadapan tapak pembinaan di Kg Jalan Imbaan Sailan, di sini, pada Ahad.
Read more »
Berbelanja RM30 menang Proton PersonaPengunjung Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) di Jalan Hang Tuah di sini berpeluang memenangi sebuah kereta Proton Persona bernilai RM50,000 dan 10 hadiah misteri dengan hanya berbelanja serendah RM30. melaka melgrab bazarjalanhangtuah
Read more »
Hanya satu ujian teori untuk pengambilan lesen kereta dan motosikal mungkin akan dilaksana tidak lama lagi - paultan.orgTidak lama lagi, ujian teori untuk mereka yang ingin mendapatkan lesen kereta dan motosikal akan diseragamkan semula, lapor The Star. Menteri pengangkutan, Anthony Loke dipetik berkata bahawa ramai pemandu dan penunggang menyatakan mereka terpaksa mengambil …
Read more »
Lelaki dipercayai tidur atas jalan, maut dilanggarBalai Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada 12.16 pagi Selasa dan sembilan anggota bomba diketuai Komander Operasi Mohd Zainal Sinsian bergegas ke lokasi bersama jentera.
Read more »