Kita komited dan berikan terbaik untuk lakukannya hatta dengan menamakan kementerian dengan meletakkan keterjaminan kos sara hidup dalam kementerian.
KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan terpaksa menanggung liabiliti dan keputusan dasar yang dibuat kerajaan sebelum ini khususnya dalam isu keterjaminan makanan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, ia adalah beban besar yang perlu dihadapi,namun tetap menjalankan tugas dengan baik bagi mengimbangi keperluan industri dan keperluan pengguna. “Selama ini, seingat saya lebih sedekad kita bercakap keterjaminan makanan dan keterjaminan makanan ini adalah isu besar dan bukan remeh. Kerajaan pada hari ini terpaksa menanggung liabiliti keputusan- keputusan dasar yang kerajaan buat sebelum ini.
“Ini adalah beban besar yang ditanggung kerajaan perpaduan pada hari ini, namun kita komited dan berikan terbaik untuk lakukannya hatta dengan menamakan kementerian dengan meletakkan keterjaminan kos sara hidup dalam kementerian,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Terdahulu, Dr. Zulkafperi Hanapi meminta kementerian menjelaskan mengapa pengeluaran daging lembu tidak ditingkatkan setelah berpuluh tahun mencapai 100 peratus dan adakah ia dipengaruhi beberapa kartel termasuk kontroversi Pusat Fidlot Nasional sebanyak RM250 juta membabitkan keluarga Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tempoh 100 hari, apa yang boleh kerajaan buat?Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, secara peribadi beliau tidak gemar dengan penilaian pencapaian kerajaan negeri dalam tempoh 100 hari kerana tidak banyak perkara yang boleh dibuat dalam tempoh sesingkat itu.
Read more »
3 juta data pengguna MySejahtera dimuat turun untuk lindunginya, kata kerajaanMuat turun set maklumat oleh akaun ‘super admin’ adalah sebahagian daripada protokol sedia ada dalam insiden serangan siber, kata timbalan menteri kesihatan.
Read more »
Pilihan raya kerajaan tempatan bukan keutamaan, kata menteri | The Malaysian InsightNga Kor Ming berkata kementeriannya akan beri perhatian kepada tujuh fokus utama tahun ini untuk kesejahteraan rakyat.
Read more »
Pekebun sawit didenda RM6,500 hina Agong bentuk kerajaan perpaduanTerdahulu, tertuduh tidak diwakili peguam, merayu hakim mengenakan hukuman ringan atas alasan hantaran itu disalah erti dan posting itu tidak bermaksud menyakiti hati sesiapa.
Read more »
Kerajaan cadang bangun portal permintaan dan penawaran buruh, kata Saifuddin | The Malaysian InsightIa akan dibangunkan dengan negara sumber pekerja asing bagi memudahkan interaksi berhubung pengambilan pekerja.
Read more »
Isu belia dalam TVET, kesesakan hospital kerajaan dibangkit di Dewan Rakyat | The Malaysian InsightPerkara berkenaan akan dijawab Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Read more »