Rayuan pihak pendakwaan berhubung keputusan melepas dan membebaskan bekas eksekutif senior di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
PUTRAJAYA: , Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan akan diputuskan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
“Terdapat banyak dokumen yang perlu diteliti, jadi, tarikh keputusan akan ditetapkan selepas kami bersedia. Tetapi ia tidak lama,” katanya yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal. Samirah dan dua remaja lelaki itu pertama kali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh Nazrin pada 4 Mac 2019 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Mac 2019.
Terdahulu, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam menggulung hujahnya menyatakan, penemuan percikan darah pada dinding di atas kepala katil adalah sesuatu yang pelik dan boleh dianggap `telah diletakkan’ di tempat tersebut.