Keputusan PRN 6 negeri penentu nasib kerajaan perpaduan FMTNews FMTBerita
Pengundian PRN enam negeri mampu menjadi penentu masa depan gabungan kerajaan persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim.
PRN kali ini untuk memilih wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri , sekali gus menentukan parti mana akan berkuasa untuk tempoh lima tahun lagi di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu. Topik siapa patut berkuasa menjadi tema konsisten pada PRN dengan pemimpin PN seperti Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan beberapa Ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan menunggu masa untuk gabungan itu menang PRN 12 Ogos, sebelum mengumumkan sokongan.Ramkarpal Singh dari DAP bertindak membidas dakwaan tersebut sambil menyatakan undang-undang anti-lompat sudah berkuat kuasa tahun lalu yang menjadi penghalang Ahli Parlimen melompat.
Dalam pada itu, tingkah laku Sanusi mendapat perhatian apabila kontroversi bertukar kepada pertembungan personaliti dan serangan peribadi antara pengarah pilihan raya PN itu dengan seterunya dari PH. Faiz, mengumumkan keluar parti selepas mendakwa parti itu tidak diberikan penghormatan oleh “parti terkuat komponen PN” merujuk kepada PAS, yang bertanding sebahagian besar kerusi pada PRN.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PRN: Sokongan kepada calon BN-Pakatan semakin meningkat, kata Zahid | The Malaysian InsightPengerusi BN berkata beliau mahu semua jentera BN dan PH yang sedang bekerja di lapangan tidak alpa dan waspada dengan sebarang tindakan parti lawan.
Read more »
Pengundi luar boleh jadi penentu keputusan PRN Kedah, kata penganalisis | The Malaysian InsightPengundi luar, yang terdiri daripada golongan muda atau pertengahan umur yang bekerja, memiliki pemikiran yang kritikal dalam membuat keputusan.
Read more »
Cuti peristiwa PRN: Negeri Sembilan umum esok selepas keputusanCuti peristiwa PRN: Negeri Sembilan umum esok selepas keputusan BERITA NASIONAL Politik TERKINI PRN
Read more »