Kementerian Pendidikan peruntuk RM300,000 kepada tiga sekolah di Pelangai
BENTONG: Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM300,000 kepada tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil untuk projek Penyelenggaraan Institusi Pendidikan dan Penyelenggaraan Sekolah Bantuan Kerajaan di Pelangai di sini tahun ini.Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, peruntukan khas itu bagi penyelenggaraan tandas, bilik darjah dan kemudahan lain untuk keperluan warga sekolah yang lebih selesa.
“Kementerian Pendidikan akan sentiasa memastikan bangunan sekolah, peralatan sekolah dan persekitarannya sentiasa selamat, selesa, bersih dan ceria bagi mewujudkan iklim fizikal sekolah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor itu boleh meningkatkan motivasi warga sekolah bagi mencapai kecemerlangan dalam semua aspek, kurikulum dan kokurikulum,” katanya kepada pemberita di Dewan SJK Telemong di sini.
“SJK Manchis memperolehi RM100,000 membabitkan RM70,000 untuk menaik taraf tandas dan RM30,000 untuk menaik taraf pagar sekolah dan gelanggang tertutup bola keranjang. SJK Telemong juga mendapat RM100,000 merangkumi RM70,000 menaik taraf tandas dan RM30,000 memperbaiki salur air pada bumbung bangunan,” katanya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa Kementerian Pendidikan tidak akan meminggirkan kebajikan SBK dalam aspek bantuan penyelenggaraan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sumbangan Bantuan SBK Tahun 2021 dan Tatacara Pengurusan Sumbangan Bantuan SBK Tahun 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
CEO anak syarikat GLC terima RM300,000 diberkasSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana
Read more »
Muhyiddin beri duit sedia bakul makanan tanpa runding, PN ingatkan PMMuhyiddin Yassin salur RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen untuk sedia bakul makanan ketika Covid-19.
Read more »
Kenanga Research slightly upbeat on KESM after return to blackThe group ended its six-quarter losing streak with a RM300,000 profit in Q4 FY2023.
Read more »
Kementerian Kewangan teliti maklum balas Belanjawan 2024Kementerian Kewangan menerima maklum balas dan cadangan termasuk daripada pihak kementerian, kerajaan negeri, NGO dan individu.
Read more »
Ketua Setiausaha: KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminatiBUKIT MERTAJAM: Sektor pendidikan tinggi negara yang diterajui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menyokong potensi penuntut dan mahasiswany...
Read more »
Budget 2024: Cuepacs proposes for RM300 salary raise for civil servantsKUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) has proposed the government raise the salaries of civil s...
Read more »