rapxtra Ezad, Idayu sekali lagi berkolaborasi menerusi lagu Sampai Syurga
Tuah buat Ezad dan Idayu juga apabila lagu ciptaan Ayden Ali, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga serta lirik oleh Arisz Ab Rahman dan D'Hasniza Nordin yang juga penerbit drama itu dipilih menjadi lagu tema drama Korban Kasih yang bersiaran sepanjang Ramadan ini di TV1.
Bagi Ezad Lazim yang juga bekas vokalis kumpulan Exists, peluang berduet sekali lagi dengan Idayu sesuatu yang tidak mahu dilepaskan apatah lagi permintaan syarikat rakaman Nova Music yang mahu mereka kembali bergabung. "Kami memulakan proses rakaman awal Mac lalu. Lagu ini mengisahkan perhubungan yang sulit dan sukar untuk bahagia. Namun hanya doa kepada Tuhan yang dipanjangkan untuk mendapat kebahagiaan. Kena hayati dan selami maksud lagu ini jika ingin merasai hati yang bergelut itu, katanya.
"Kelebihan yang ada pada dirinya turut dimanfaatkan dengan baik apabila Idayu berkongsi ilmu sebagai guru vokal. Dia juga arif dalam teknik nyanyian bersiul. Suara dimiliki unik dan tidak ada pada mana-mana penyanyi lain di negara ini, katanya. "Harapnya lagu ini akan meningkatkan lagi penerimaan peminat terhadap kami sebagai pasangan duet. Proses rakaman lagu ini pun cukup mudah. Cuma ambil masa kurang dua jam. Proses rakaman bahagian saya sendiri ambil masa lebih kurang 40 hingga 45 minit manakala bahagian Ezad pula ambil masa hampir satu jam untuk disiapkan, katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'Video call' pengubat rindu penuntutPENUNTUT Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadikan panggilan video sebagai pengubat rindu terhadap keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.
Read more »
Pekerja berpendapatan rendah mahu kembali bekerja | The Malaysian InsightPendapatan mereka terjejas akibat Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan yang turut mematikan sebahagian besar ekonomi.
Read more »
Jangka anak jadi menteriKualaLumpur Ramai yang tahu mengenainya selepas Muhyiddin mengetuai bacaan doa bagi memohon perlindungan negara daripada wabak Covid-19 ketika menyampaikan perutusan khas, Mac lalu.
Read more »
City perlu sedia bila-bila masabolatime BINTANG Manchester City, Ilkay Gundogan berkata, mereka perlu bersedia mempamerkan karakter sebagai 'pemain dan kelab utama' apabila musim bola sepak kembali bersambung.
Read more »