Azmin Ali, Ismail Sabri, Fadillah Yusof, dan Radzi Jidin dilantik sebagai menteri kanan yang akan menyelaras hal ehwal Kabinet. FMNews Kabinet Malaysia
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan Kabinet beliau di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pembentukan 26 kementerian termasuk 4 menteri kanan yang akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet, menggantikan peranan timbalan perdana menteri. Empat menteri kanan berkenaan – ahli PPBM dan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob; Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Fadillah Yusof; dan Ketua Penerangan PPBM, Mohd Radzi Md Jidin – akan menyelaras bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan prasarana, serta pendidikan dan sosial “dengan lebih cekap dan berkesan”.
“Menteri-menteri kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai perdana menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara. “Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang timbalan perdana menteri dilantik,” katanya ketika pengumuman Kabinet hari ini.Dua orang bukan ahli politik iaitu Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad masing-masing diberi portfolio kewangan dan hal ehwal agama.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'Saya tidak boleh terima...' - Tun Mkualalumpur TUN Dr Mahathir Mohamad menganggap tiada keperluan untuknya bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan pertikaian politik antara mereka.
Read more »
4 Menteri Kanan ganti TPMPutrajaya Tiada Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebalik Kabinet kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai empat menteri kanan. Senarai penuh Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri baharu
Read more »
Pampasan MH370: Kementerian mahu jumpa PMKEMENTERIAN Pengangkutan dijangka bertemu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu hadapan bagi membentangkan kertas Kabinet berkaitan pampasan kepada waris mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.
Read more »
Bentuk 25 kementerianSEKURANG-kurangnya 25 kementerian akan dibentuk atau dikekalkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memulakan pentadbiran baharu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka minggu ini.
Read more »
Muhyiddin dijangka umum barisan Kabinet hari ini | The Malaysian InsightPerdana menteri dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri hari ini pada pukul 5.00 petang.
Read more »
Muhyiddin umum Kabinet 5 petang iniKualalumpur Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu, 11 pagi ini.
Read more »