POKOK SENA: Penantian hampir 20 tahun seorang penoreh getah berketurunan Siam, Sayan Prak Sat untuk melihat anak sulungnya, Khatanak, 19, diperakui sebagai warganegara berakhir apabila menerima surat kelulusan permohonan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Menurut Sayan, 46, dia merasakan anaknya seolah-olah kembali dilahirkan selain menyifatkannya sebagai hadiah terbesar yang diterima menjelang Hari Kebangsaan.
“Menjelang ketibaan 31 Ogos, saya rasakan ini merupakan hadiah terbesar buat kami sekeluarga. Kami dah menunggu terlalu lama dan kelulusan ini memberi makna amat besar buat kami sekeluarga. Utusan Malaysia kelmarin melaporkan kebimbangan Sayan yang merupakan anak jati Kedah terhadap nasib anaknya yang belum diiktiraf sebagai warganegara Malaysia serta tidak memiliki Mykad, hingga menyebabkannya berdepan pelbagai masalah termasuk hanya dapat mengikuti pembelajaran secara formal di peringkat rendah selain sukar mencari pekerjaan.
Sayan berkata, mereka sekeluarga amat berterima kasih kepada Saifuddin serta semua pihak termasuk akhbar ini yang memberi perhatian terhadap masalah dihadapi anaknya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Rai Hari Kebangsaan seperti sambut hari rayaKira-kira 100 penduduk berarak lebih dua kilometer dengan membawa Jalur Gemilang dan memakai pakaian tradisional serta baju kebangsaan.
Read more »
Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internetPUTRAJAYA: Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokas...
Read more »
Frankie, wira K9 Bomba sertai perarakan Hari Kebangsaan 2023PUTRAJAYA: Frankie, antara sang anjing hero yang diingati kerana ketangkasan ketika terlibat dalam operasi tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu S...
Read more »
PN guna tema Hari Kebangsaan Putrajaya demi elak tindak balas, kata penganalisisAwang Azman Pawi menyifatkan keputusan negeri pimpinan PN mengekalkan tema Putrajaya ialah pilihan tepat kerana tema berasingan akan menimbulkan kegusaran rakyat.
Read more »
1,764 anggota polis bertugas, 22 jalan ditutup sempena sambutan Hari KebangsaanSeramai 1,764 pegawai dan anggota polis akan bertugas sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Dataran Putrajaya, 31 Ogos ini.
Read more »
KLIA Transit tawar tambang RM1 sempena Hari Kebangsaan'Orang ramai dinasihati membuat perancangan awal dan tiba awal di Dataran Putrajaya kerana sambutan akan bermula pada jam 7 pagi.
Read more »