Ahmad Zahid menyatakan, beliau menerima mandat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakilkan beliau dalam beberapa urusan pentadbiran negara.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, pasport antarabangsanya yang kini ditahan oleh Mahkamah Tinggi sebagai syarat jaminan tambahan, menjadi kekangan kepada beliau untuk melaksanakan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menteri Kabinet.
Pasportnya ditahan oleh mahkamah hampir lima tahun lalu berikutan pendakwaan terhadapnya berhubung pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi sejak 2018. “Bagi melancarkan pergerakan dan urusan dan tugasan selaku Timbalan Perdana Menteri, saya dikehendaki berada di dalam dan di luar negara yang mana saya percaya perkara tersebut memerlukan pasport berada dalam pegangan saya sendiri.
Ahmad Zahid memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi melalui Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq pada 20 Januari lalu. Tarikh-tarikh itu ialah pada 10 hingga 13 April, 15 hingga 18 Mei, 12 hingga 15 Jun, 24 hingga 27 Julai manakala tarikh-tarikh bulan Ogos ialah pada 1 hingga 3, 7 hingga 10 dan 21 hingga 24.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Anwar tiba di Brunei bagi lawatan rasmi 2 hari | The Malaysian InsightPerdana menteri dijadual menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman esok.
Read more »
Persahabatan erat bantu percepat perancangan Malaysia-Brunei, kata Anwar | The Malaysian InsightPerdana menteri menaruh keyakinan atas persahabatan peribadi antara beliau dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Read more »
Perbelanjaan sambutan Hari Wilayah dikurang 10 kali gandaLangkah tersebut selaras dengan saranan penjimatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Read more »