Kecederaan kepala punca anggota tentera maut di Hutan Simpan Belum FMTNews FMTBerita
Anggota tentera, Mohammad Nasri Mohd Nasib dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemui di Hutan Simpan Belum, semalam.
PETALING JAYA: Polis mengesahkan punca kematian anggota tentera, Mohammad Nasri Mohd Nasib yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum dekat Gerik berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh. Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pengesahan itu dibuat selepas proses bedah siasat di Hospital Permaisuri Bainun, di Ipoh.
“Hasil bedah siasat dikenal pasti sebagai Koperal Mohamad Nasri Mohd Nasib dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sri Bentong, Pahang. “Punca kematian adalah disebabkan kecederaan kepala konsisten dengan jatuh,” katanya menurut Bernama.Semalam, Yusri berkata, polis menemukan satu mayat lelaki oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat berikutan laporan kehilangan seorang anggota tentera di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, sejak 7 Apr.Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
40 individu didakwa ceroboh Hutan Simpan Bukit EnggangAwal Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan nadir bumi di Hutan Simpan Bukit Enggang dipercayai dicuri lagi susulan serbuan dilakukan pihak berkuasa pada 31 Januari
Read more »
40 individu termasuk 35 warga asing didakwa ceroboh hutan simpan | The Malaysian InsightKesemua mereka didakwa mengikut subseksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.
Read more »
Anggota tentera hilang di Hutan Belum ditemukan meninggal duniaKehilangan anggota tentera berpangkat Koperal di Hutan Simpan Belum di Gerik sejak Jumaat lalu terjawab, apabila dia ditemukan meninggal dunia hari ini.
Read more »
Kematian anggota tentera diklasifikasi SDRPolis mengklasifikasi kes seorang anggota tentera berpangkat Koperal yang ditemukan meninggal dunia di Hutan Simpan Belum di Gerik hari ini sebagai mati mengejut (SDR).
Read more »