Kebakaran hutan di Gunung Lowu, Indonesia seluas 1,100 hektar

United States News News

Kebakaran hutan di Gunung Lowu, Indonesia seluas 1,100 hektar
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Kebakaran hutan di Gunung Lowu, Indonesia libatkan kawasan seluas 1,100 hektar yang menjadi punca jerebu tebal

JAKARTA: Kebakaran hutan di Gunung Lawu Indonesia di pulau Jawa merebak sehingga melibatkan kawasan seluas 1,100 hektar hari ini, menurut seorang pegawai.

Dengan ketinggian 3,265 meter dari aras laut dan menjadi salah satu destinasi pendaki, gunung ini terletak di perbatasan Kabupaten Karanganyar di wilayah Jawa Tengah dan Kabupaten Magetan dan Ngawi di Jawa Timur.Menurut Pemangku Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jawa Timur, Gatot Soebroto, kebakaran itu pada mulanya bermula di Jawa Timur pada Jumaat minggu lalu, dan kemudian merebak di Jawa Tengah.

“Pada masa ini, kebakaran hutan dan tanah di Gunung Lawu telah merebak sehingga 1,100 hektar,” katanya kepada media tempatan pada hari ini sambil menambah pihaknya akan bekerjasama dengan agensi mitigasi bencana Jawa Tengah untuk mengawal kebakaran menggunakan pengebom air. Kebakaran hutan itu juga mendorong pentadbiran Ngawi mengisytiharkan status amaran kecemasan selama dua minggu kerana wilayah itu kini mengalami musim kemarau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ngawi, Argo Wiyono berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mencari punca kebakaran itu. – Xinhua

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

United States Latest News, United States Headlines



Render Time: 2025-02-27 10:30:29