Adakah PPBM mahu menjadi parti bertahan lama atau sementara? Dalam sejarah Umno pernah berlaku parti serpihannya kembali setelah apa yang diperjuangkan mereka tidak relevan lagi. FMTNews PPBM PH PerikatanNasional
PPBM jelas berpecah. Sebahagian berada di pihak Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad yang merupakan ketua barisan pembangkang, Pakatan Harapan, sementara bahagian yang satu lagi diketuai Presidennya merangkap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Jika Muhyiddin kembali kepada PH, pastinya kerajaan Perikatan Nasional tumbang kerana kumpulan Azmin tidak akan mahu kembali kepada gabungan itu. Matlamat asal PPBM ialah menentang kleptokrasi yang didokong Umno. Setelah berjaya menumbangkan kleptokrasi, maka tiada sebab untuk terus wujud. Begitulah hujah pemimpin berkenaan.
Kerjasama ini membawa kejayaan pada pilihan raya umum ke-14, di mana parti PH meleburkan fahaman politik masing-masing untuk bersatu di bawah azam Deklarasi Rakyat yang diisytiharkan Mahathir pada 2017. Perpecahan sebegini dipercayai tidak akan kekal lama, tetapi untuk membayangkan salah satu daripada pesaing ini akan menubuhkan parti baru juga sukar. Kedua-dua pihak mahu menguasai parti, maka ia menjadi perbalahan antara pengerusi dan presiden.
Tetapi, adakah PPBM mahu menjadi parti bertahan lama atau sementara? Dalam sejarah Umno pernah berlaku parti serpihannya kembali setelah apa yang diperjuangkan mereka tidak relevan lagi. Antara sebabnya ialah fahaman politiknya berbeza daripada Umno, Kalau Parti Negara dan Semangat 46 mempunyai fahaman serupa dengan Umno, tetapi Parti Keadilan Nasional yang membuka keahliannya kepada bukan Melayu tidak seperti itu.
Bagi PPBM, ia bukan saja mempunyai fahaman politik serupa dengan Umno, tetapi terdapat keazaman dan usaha menggantikan parti induk itu.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Anwar akui hasrat jadi perdana menteri tertangguh dari ke-4 hingga ke-8Terdahulu hari ini, Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata, Kabinet pimpinan Perdana Menteri ke-8 Muhyiddin Yassin dijangka diumum pada Selasa. FMTNews AnwarIbrahim
Read more »
13 ketua kampung di Labuan keluar PH, masuk PPBMDaripada 13 ketua kampung yang keluar PH di Labuan hari ini, 5 mewakili Amanah, PKR (5) dan Warisan (3). FMTNews PPBM
Read more »
PPBM calls for more Labuan political appointees to quitLabuan Corporation and Labuan Port Authority under scrutiny after resignations of advisory council. FMTNews PPBM
Read more »
PPBM mahu lantikan politik di Labuan letak jawatanKetua PPBM Labuan Suhaili Abdul Rahman berkata lantikan di Perbadanan Labuan dan Lembaga Pelabuhan Labuan dibuat oleh kerajaan sebelum ini. FMTNews Sabah
Read more »
Politik berasas kaum masih releven, exco Pemuda PPBM tegur Syed SaddiqSebagai ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq tidak perlu segan silu menyatakan pendirian, khususnya perkara membabitkan kepentingan kaum sendiri. FMTNews MuzzammilIsmail
Read more »
PPBM Youth exco tells Syed Saddiq race-based politics still neededMuzzammil Ismail says PPBM wants to get greater support from the Malay community. FMTNews SyedSaddiq
Read more »