“Saya sangat bangga dengan persembahan rakan sepasukan kerana kami berjaya mencapai objektif awal. Tanpa mereka, anugerah (pemain terbaik) tidak akan menjadi milik saya.'
BHUBANESWAR: Muhammad Marhan Jalil tekad mengulangi prestasi cemerlang yang membolehkannya dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika menumpaskan New Zealand 3-2, Khamis lalu dan membantu Malaysia mara ke suku akhir hoki Piala Dunia 2023.
Prestasi memukau ‘jeneral’ berusia 32 tahun itu yang sudah membuat 281 penampilan bersama Speedy Tigers amat ditagih apabila menentang pasukan No. 8 dunia, Sepanyol dalam aksi crossover di Stadium Kalinga hari ini.“Saya harap kami dapat kekal konsisten untuk aksi seterusnya dan saya sendiri akan terus beri persembahan terbaik demi pasukan,” kata kapten Malaysia yang berasal dari Negeri Sembilan itu.
Difahamkan, barisan kejurulatihan diketuai A. Arul Selvaraj sudah membuat kajian mendalam terhadap corak permainan Sepanyol yang lebih gemar memegang penguasaan bola dan melakukan serangan melalui bahagian tengah. Walaupun rekod lebih memihak kepada Sepanyol tetapi Malaysia yang baru sahaja naik ke ranking kesembilan dunia, pernah menewaskan The Red Sticks 4-3 ketika kali terakhir bertemu pada Kejohanan Jemputan Empat Negara 2019.
Jika menang ke atas lawan ranking kelapan dunia itu, Malaysia akan mengulangi pencapaian 21 tahun lalu sewaktu Speedy Tigers muncul lapan pasukan terbaik pada edisi 2002 di Kuala Lumpur, sekali gus berdepan Australia.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Caion mahu pecah rekod bersama KL City“Di bahagian serangan saya rasa teruja kerana di sini ada Kipre, Paulo, Morales dan seorang lagi Patrick, saya pernah beraksi bersamanya dengan Suphanburi.'
Read more »
Nek Misah mengidam sate ayam sebelum mautKetika ditemui Utusan Malaysia, Saddin, 43, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa yang mesra dipanggil Nek Misah pukul 7.30 petang kelmarin, ketika Allahyarhamah memintanya membeli sate ayam.
Read more »
Penerbit filem perlu bebas nyatakan pendapat, kata kumpulan | The Malaysian InsightZaid Malek berkata penerbit filem harus bebas berekspresi dalam filem tanpa campur tangan daripada kerajaan.
Read more »
Mahkamah Tinggi tolak saman 4 Adun Pulau Pinang terhadap DUN dan speaker | The Malaysian InsightMahkamah Tinggi tolak saman 4 Adun Pulau Pinang terhadap DUN dan speaker
Read more »
Tiga dekad 'derita' tanpa bekalan elektrik, air bersihKesempitan hidup memaksa Syahiran dan keluarga yang menghuni sebuah rumah di atas tanah rizab kerajaan itu menjadikan air sungai sebagai sumber utama untuk mandi dan mencuci pakaian serta memasak.
Read more »