Mahkamah Majistret Keningau menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan bermula 29 Januari dan denda RM6,000 atas kesalahan tersebut.
Kad Pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri rasmi yang diberikan kepada semua warganegara Malaysia.
Tertuduh yang mengaku bersalah dijatuhi hukuman oleh Majistret Nur Asyraf Zolhani dan diarahkan menjalani hukuman dari tarikh tangkap, yakni 29 Januari lalu. Berdasarkan kepada fakta kes, satu pemeriksaan dokumen telah dijalankan di kawasan parkir kuarters guru sekolah tersebut pada jam 11.30 pagi, 29 Januari lalu.
Nombor & Nama Sama Sebagai Pemastautin Sementara Semakan rekod menunjukkan bahawa dokumen pengenalan diri taraf Pemastautin Sementara pernah dikeluarkan oleh pihak JPN dengan nombor dan nama yang sama. Tertuduh Tidak Pernah Lakukan Kesalahan Jenayah Naser berkata hukuman tersebut dipohon setelah mengambil kira kepentingan awam dan keadilan sosial. Tambahnya lagi, memiliki dokumen pengenalan diri palsu adalah tindakan yang salah dan tidak bertanggungjawab.
Menurut bekas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, individu yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri boleh ditahan oleh pihak polis.