Ia selaras dengan usaha berterusan memastikan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia adalah kekal relevan dan terkini.
PUTRAJAYA: Kadar pakaian istiadat untuk pegawai perkhidmatan awam yang layak semasa menghadiri upacara rasmi dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,500, iaitu kenaikan lebih 100 peratus.
Dalam satu surat edaran yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pada 23 Mac lalu, penambaikan peraturan ini berkuat kuasa 1 Januari lalu melalui Pekeliling Perkhidmaan Sumber Manusia Ceraian SR.1.2.2 . Menurut surat berkenaan yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, kenaikan kadar pakaian istiadat itu merangkumi pakaian siang dan malam yang boleh dituntut bersekali atau berasingan dalam tempoh tiga tahun dan disokong dengan resit.
“Selaras dengan usaha berterusan memastikan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia adalah kekal relevan dan terkini, kerajaan bersetuju Kemudahan Pakaian Istiadat ditambah baik. “Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, ceraian ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam surat tersebut. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
[DUN] Lahirkan lebih 500 imam dengan kerjasama UTHM, Marsah[DUN] Lahirkan lebih 500 imam dengan kerjasama UTHM, Marsah
Read more »
Malaysia’s 2022 capital market rises to RM3.6t, says Securities CommissionKUALA LUMPUR, March 27 — Malaysia’s 2022 capital market size rose to RM3.6 trillion from RM3.5 trillion in 2021 with the drop in the equity market capitalisation offset by...
Read more »
Kumpul RM3 juta beli kontena mangsa gempa bumi di Turkiye, SyriaPasRelief menyasarkan kutipan dana sebanyak RM3 juta dalam misi membantu mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria akan datang.
Read more »
Kadar VEP kekal - Siew FookKadar VEP kekal – Siew Fook
Read more »