KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mengingatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko diancam peny...
mengingatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko diancam penyakit akibat jerebu agar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan amaran yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata negara kini berdepan dengan perubahan cuaca yang dinamik susulan peralihan monsun yang mengakibatkan cuaca panas dan kering serta jerebu yang membawa Indeks Pencemaran Udara tidak sihat di beberapa negeri. “Saya telah mengarahkan agar semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana untuk sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk maklumat terkini dan sahih melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar di pautan “Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari sebarang musibah yang boleh membawa kepada masalah kesihatan, harta benda dan mengancam nyawa,” katanya. -
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Beatrice smashes full marathon course record at 15th edition of KLSCMKUALA LUMPUR, Oct 1: The Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2023 saw its course record for the Full Marathon Women’s Open category smashed by Be...
Read more »
Palembang diselubungi jerebu tebal, pelajar tidak dibenarkan ke sekolahPalembang diselubungi jerebu tebal, pelajar tidak dibenarkan ke sekolah
Read more »
Sekolah di Negeri Sembilan diminta pantau ancaman jerebuSekolah di Negeri Sembilan diminta pantau ancaman jerebu
Read more »
Jerebu: Rakyat diingat supaya berwaspada, kurangkan aktiviti luarJerebu: Rakyat diingat supaya berwaspada, kurangkan aktiviti luar
Read more »
Jerebu: Tutup sekolah ikut keputusan Kementerian KesihatanSekolah hanya akan ditutup ekoran masalah jerebu jika ada cadangan atau nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Read more »