kualalumpur SPRM, hari ini, menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam berkaitan kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Sumber SPRM berkata, bekas Timbalan Bendahari DAP Pulau Pinang itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, dekat Georgetown, 2 petang, tadi.
"SPRM menyiasat kes terowong itu selepas mendapat bukti baharu. Ramai saksi sudah dipanggil termasuk Chew dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang selain individu dari pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk direkod percakapan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.Beberapa pegawai SPRM turut dipercayai sedang membuat pemeriksaan di kediaman bekas Pengerusi PPC itu di Batu Ferringhi.
Dalam kenyataan itu, SPRM memaklumkan, kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017, manakala lima lagi dibuka pada Januari 2018."Tiga kertas siasatan sudah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya.
Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun menegaskan dakwaan itu adalah satu penipuan dan mengarut kerana projek terowong dasar laut berkenaan dibuat menerusi proses tender terbuka, sekali gus tidak memungkinkan wujud unsur rasuah dalam pelaksanaannya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SPRM cari 4 lelakiSURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah.
Read more »
Polis kini buru ‘Thamby’ bantu siasatan kes culik ‘Datuk Seri’Vikneswarar Nagentiran atau lebih dikenali sebagai Thamby atau Vinod, 28 tahun, menetap di 587-144 New Green Park, Rawang, Selangor. FMTNews PDRM
Read more »
Mahkamah dengar hujah akhir kes rasuah Tengku Adnan 11 September | The Malaysian InsightPihak pembelaan menutup kesnya hari ini selepas memanggil empat saksi pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Read more »
Suami isteri didakwa terlibat dalam kes rasuah | The Malaysian InsightPasangan berkenaan didakwa secara berasingan atas tuduhan rasuah berkaitan pembocoran maklumat tender.
Read more »