Belanjawan 2024 yang dibentangkan sebentar tadi telah menyaksikan industri sukan tempatan memperoleh peruntukkan sebanyak RM184 juta.
PETALING JAYA: Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara sebentar tadi telah menyaksikan industri sukan tempatan akan memperoleh peruntukkan keseluruhan sebanyak RM184 juta.Sebanyak RM 72 juta diperuntukkan untuk persiapan atlet negara mengharungi musim 2024. Ia termasuk RM20 juta untuk program ‘Road to Gold” yang diwujudkan bagi misi meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.
Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM50 juta untuk penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan di seluruh negara, terutamanya fasiliti yang berada dalam keadaan usang. Antara kelainan untuk belanjawan kali ini membabitkan sektor sukan adalah apabila pihak kerajaan turut bersetuju untuk memberikan potongan potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu atau syarikat yang menyumbang kepada institusi, organisasi atau tabung yang diluluskan di bawah subseksyen 44 Akta Cukai Pendapatan 1967 yang melaksanakan program pendidikan termasuk pendidikan sukan.
Bagi pembangunan e-sukan pula, Malaysia masih lagi komited untuk menjadi peneraju hab industri e-sukan di rantau ini dengan memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia dalam pembangunan produk digital mereka bersama-sama bakat tempatan.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Belanjawan 2024: Cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024'Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan cukai minimum global di peringkat antarabangsa,' katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024
Read more »
PM bentang belanjawan RM393.8 bilion untuk 2024Belanjawan 2024 memperuntukkan RM303.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM90.1 bilion untuk pembangunan.
Read more »
Anwar menuju ke Parlimen untuk bentang Belanjawan 2024Menteri Kewangan kelihatan membimbit beg fail warna hitam bermotif corak 'Arabesque' hasil buatan pengusaha batik Kelantan
Read more »
RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024Jumlah itu meningkat berbanding RM388.1 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan pada 24 Februari lalu.
Read more »
Belanjawan 2024: RM17 juta untuk Program Tahfiz TVETSebanyak RM17 juta disediakan kerajaan untuk melaksanakan Program Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Read more »