Penempatan yang dibina di dalam hutan sekitar 4km dari jalan utama mempunyai kemudahan seperti surau, kedai runcit dan kedai kopi.
CYBERJAYA: Selepas di Nilai, Negeri Sembilan, Jabatan Imigresen Malaysia menggempur sebuah lagi perkampungan pendatang asing tanpa izin yang dibina secara haram di Cyberjaya, awal pagi tadi.
Hasil pemerhatian mendapati kesemua rumah yang terdapat di perkampungan berkenaan diperbuat daripada bahan binaan seperti simen, kayu dan papan lapis serta dilengkapi bekalan elektrik dan air. “Dalam serbuan dijalankan, seramai 56 warganegara Indonesia berjaya ditahan terdiri daripada 26 lelaki dan 29 wanita yang berusia lingkungan 16 hingga 70 tahun,” katanya kepada pemberita selepas operasi penguatkuasaan bersepadu itu.
“Mereka ini bekerja secara tidak sah di kawasan pembinaan selain bekerja sebagai tukang cuci dalam sektor perkhidmatan di beberapa buah bangunan di kawasan sekitar. “Kemudahan tandas dan perparitan yang dibina juga berada dalam keadaan teruk, mereka guna set generator untuk dapatkan bekalan elektrik, manakala bekalan air diperoleh daripada perigi yang dibina sedalam tiga hingga lima meter sebelum disambung dengan paip ke setiap rumah,” ujarnya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
35 PATI diberkas bersama 2 tangkapan jenayahOperasi itu dirancang susulan beberapa aduan yang tular dalam media sosial berkaitan isu ketenteraman awam dan kebanjiran warga asing khususnya di kawasan Taman Nagasari, Perai, Pulau Pinang sebelum ini.
Read more »
13 PATI Myanmar mahu bekerja di Malaysia ditahanAnggota tentera 2 Divisyen mengesan dan menahan sekumpulan orang awam di kawasan ladang getah kerana cuba memasuki Malaysia
Read more »
Aktivis sosial Heidy Quah bakal didakwa sekali lagi di mahkamah | The Malaysian InsightIa berhubung catatannya di Facebook yang ditulis 3 tahun lalu mengenai pengalaman pelarian ketika menjadi tahanan imigresen.
Read more »
29 kedai makan, restoran di Terengganu tawar Menu RahmahSebanyak 29 buah kedai makan dan restoran di Terengganu menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 seperti yang diperkenalkan kerajaan.
Read more »
Tauke emas rugi RM17,000, lelaki larikan seutas gelang tanganPekerja kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli, 25 berkata, semasa kali pertama datang ke premis itu lelaki tersebut memberitahu mahu membeli seutas gelang untuk anak perempuannya dengan anggaran RM 1,000.
Read more »