Hukuman penjara bagi mereka yang memandu bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian dinaikkan kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun. FMTNews Pemandu Mabuk
KUALA LUMPUR: Hukuman penjara bagi mereka yang memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian dinaikkan kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun, serta denda minimum RM50,000 sehingga RM100,000.
Bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, hukuman penjara diperuntukkan selama tempoh tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM150,000. Perkara itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Bacaan kali pertama Akta Pengangkutan Jalan 2020 itu dibuat Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong, yang turut memaklumkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada persidangan dewan kali ini. Menurut rang undang-undang itu, bagi pemandu yang menyebabkan kecederaan pula, mereka berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
10 lelaki dikompaun RM1,000SERAMAI 10 lelaki berhadapan dikenakan kompaun RM1,000 seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bintulu, semalam.
Read more »
New survey shows four in 10 Malaysians thought Pakatan govt more into political disputes than managing country | Malay MailKUALA LUMPUR, July 26 — A recent survey by a think tank found Malaysians almost evenly split on how well the Pakatan Harapan (PH) coalition ran the government during its two years in Putrajaya. A poll of 2,002 Malaysians in 19 parliamentary constituencies by Emir Research — led by Bersatu...
Read more »
RUU pinda hukuman lebih berat pemandu mabuk dibentangkan | The Malaysian InsightRUU itu dibentangkan bagi bacaan pertama oleh Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong di Dewan Rakyat pagi ini.
Read more »
Lanjutan moratorium bakal dibincangkan Dewan Rakyat hari iniTumpuan juga dijangka terarah kepada pembentangan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 bagi bacaan kali pertama. FMTNews Moratorium
Read more »