Harimau Malaya bakal 'berentap' Korea Selatan di Piala Asia
PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya sudah boleh merangka strategi bagi menghadapi tiga pasukan teratas ranking 100 dunia apabila diundi dalam Kumpulan E Piala Asia 2023.
Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan yang kini berada di ranking ke-27 dunia manakala Jordan dan Bahrain masing-masing di tangga ke-84 serta ke-85. Saingan bagi merebut gelaran ‘Raja Asia’ itu akan berlangsung di Doha, Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024. Meskipun, skuad kendalian Kim Pan Gon berada di ranking ke-138 dunia namun ia bukan satu halangan untuk skuad Harimau Malaya memberi kejutan kepada lawannya di kejohanan tersebut.
Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.-UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lelaki Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau ketika memancingKetika kejadian, Halim Asin sedang memancing bersama anak saudaranya, Alang Kuang yang berusia lapan tahun.
Read more »
Orang Asli Bateq dikhuatiri dibaham harimau | The Malaysian InsightMangsa dikhuatiri dibaham harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring di Kampung Aring 5.
Read more »
Kanak-kanak lapan tahun 'trauma' terkenang bapa saudara diserang harimauGUA MUSANG: Seorang kanak-kanak Orang Asli, Alang Kuang mengakui masih lagi 'trauma' selepas berdepan detik cemas melihat bapa saudaranya diterkam seekor harimau di bahagian kepala dalam kejadian di Hulu Sungai Aring, kelmarin.
Read more »
Operasi mencari Orang Asli suku Bateq dibaham harimau dipergiatGUA MUSANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki Orang Asli suku kaum Bateq yang hilang dikhuatiri diserang harimau di kawasan Hulu Sungai Aring di sini kelmarin diteruskan hari ini.
Read more »