Harga minyak sawit mentah dijangka cecah hingga RM4,200 satu tan tahun ini
Industri minyak sawit negara bersedia teruskan prestasi memberangsangkan dalam persekitaran permintaan kukuh dan pengeluaran yang lebih tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Januari, 2023.
“Pemacu utama yang akan mempengaruhi harga MSM ialah ketersediaan buruh yang masih menjadi isu, pengeluaran biji bunga matahari yang lebih rendah dari Ukraine disebabkan perang dengan Rusia dan import minyak sawit lebih tinggi oleh China selepas ia melonggarkan sekatan perjalanan Covid-19. “Berkuat kuasa 1 Februari 2023, Indonesia akan mengenakan mandat campuran biodiesel yang lebih tinggi, B35 daripada B30, ia berkemungkinan meningkatkan penggunaan minyak sawit domestik. Perubahan dasar terbaru ini akan menyekat lagi bekalan minyak sawit global.
“Walaupun terdapat beberapa petunjuk bahawa cuaca kering di Amerika Selatan semakin baik, ia mungkin terlalu lewat untuk menyelamatkan beberapa tanaman,” katanya. Parveez juga berkata eksport minyak sawit dijangka meningkat sebanyak 3.7% kepada 16.30 juta tan pada 2023 daripada 15.72 juta tan tahun lepas berikutan jangkaan permintaan minyak sawit secara berterusan daripada negara pengimport.
Pengeluaran 18.45 juta tan Malaysia pada 2022 adalah 1.9% lebih tinggi berbanding 18.12 juta tan pada 2021 dan ia disebabkan oleh tandan buah segar yang lebih tinggi sebanyak 3.4% berikutan prestasi hasil BTS yang lebih baik sebanyak 0.1% kepada 15.49 tan sehektar, katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bomba laksana hampir 200 jam penerbangan Medevac tahun lepas | The Malaysian InsightPenugasan Medevac dilaksanakan hampir setiap bulan pada tahun lepas kecuali April.
Read more »
Over 200 hours of medical flights performed in 2022, says Fire and Rescue DeptGUA MUSANG: The Air Unit of the Malaysian Fire and Rescue Department has carried out nearly 200 hours of medical evacuation (Medevac) flights to evacuate patients from the Orang Asli settlements throughout last year.
Read more »
Crude palm oil price may reach RM4,200 per tonne in 2023, says regulatory body | The Malaysian InsightCrude palm oil price may reach RM4,200 per tonne in 2023, says regulatory body
Read more »
Harga minyak sawit mentah dijangka cecah hingga RM6,700 satu tan tahun ini | The Malaysian InsightMalaysia bersedia teruskan prestasi memberangsangkan dalam persekitaran permintaan kukuh dan pengeluaran yang lebih tinggi.
Read more »