Johorbahru Empat penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di taman permainan kanak-kanak dekat Taman Sri Pulai, Ogos tahun lalu.
Tertuduh, S Prasan, 23; P Saarvin, 23; S Pravinraj, 30, dan A Vinotkumar, 33, masing-masing mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa menyebabkan kematian ke atas J Sritharan, 20, di Jalan Meranti 13, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, pada 12.50 malam, 10 Ogos 2019.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang mana sabit kesalahan boleh dihukum gantung mati. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Chan Choon Yew, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam bela. Mahkamah Majistret menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan bedah siasat.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut selepas diserang dan ditetak dengan senjata tajam, dalam serangan ketika berada di padang permainan kanak-kanak.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Empat polis didakwa bunuh FloydMinneapolis Empat pegawai polis didakwa di mahkamah, pada Rabu berhubung kematian lelaki Afrika-Amerika, George Floyd.
Read more »
Empat ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Petaling JayaKUALA LUMPUR: Empat lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol, ditahan dalam Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah, di beberapa lokasi sekita...
Read more »
Empat Ah Long 'ganas' ditahankulim Empat lelaki dipercayai ahli sindiket Ah Long ditahan, Ahad lalu selepas disyaki terbabit dalam kejadian membakar sebuah rumah di Padang Serai, Kulim, baru-baru ini.
Read more »
Penganggur mabuk ditahanPortDickson Penganggur berusia 45 tahun yang dipercayai mabuk ditahan di Kilometer 5.5, Jalan Pantai, ketika Ops Mabuk, Port Dickson, malam tadi.
Read more »
Empat polis didakwa bunuh FloydMinneapolis Empat pegawai polis didakwa di mahkamah, pada Rabu berhubung kematian lelaki Afrika-Amerika, George Floyd.
Read more »
Daftar perkahwinan dihadkan 4 orang sahajaPutrajaya PASANGAN bukan Islam yang mahu mendaftarkan perkahwinan mereka dihadkan kepada empat orang sahaja.
Read more »