[DUN] Cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Banjir
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir bagi mencari jalan menangani isu tersebut pada masa akan datang.
“Mengikut Fasal 32 Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Johor, kerajaan negeri akan mengemukakan satu rundingan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir semasa sidang DUN ini. Mengenai tempoh jangka masa keberkesanan Rancangan Tebatan Banjir yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri ini, Onn Hafiz melahirkan kerisauannya kerana banjir besar yang melanda baru-baru ini disebabkan taburan hujan luar biasa, iaitu untuk kapasiti sebulan berlaku dalam masa sehari.
“Itulah sebabnya kerajaan Johor cadangkan jawatankuasa perubahan iklim diwujudkan supaya kita dapat perhalusi projek RTB yang lebih berkesan seperti yang dibangunkan di negara maju,” katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
[DUN] Kerajaan tak berpeluk tubuh, bantu mangsa banjir - MB[DUN] Kerajaan tak berpeluk tubuh, bantu mangsa banjir – MB
Read more »
Ku Li cadang kerajaan wujudkan dana berdaulat bantu rakyat terjejasGUA MUSANG: Kerajaan disaran mewujudkan satu ‘sovereign fund’ (dana berdaulat) daripada keuntungan mencari hasil minyak sebagai langkah membela nasib rakyat yang terjejas di negara ini.
Read more »
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS | The Malaysian InsightPasaran dijangka terus bertahan dalam tempoh menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu depan.
Read more »